Sunday, January 25, 2009

Penempatan Pertama Aku di SK. Long Luteng, Baram, Miri Sarawak...

Pengalaman pertama menaiki bot ekspres utk ke Marudi sebelum ke sekolah mmg seronok... Tambang hanya rm20 je... mengambl mase 2jam 30mnit dr Kuala Baram ke Marudi... Selepas itu, naik bot ekspres lg 4jam dr Marudi ke Long Lama, tambag pun masih rm20 gak... mmg mencabar la utk Sek. Keb. Long Luteng. Jauh di ceruk sinun...... huhuhuh. Di Long Lama, nak cari makanan halal pun susah, mmg tak ada kedai melayu..just blh beli makanan ringan jew...

Dari Long Lama kena naik kereta pacuan 4 roda lg ke sekolah.... lebih kurang 3jam lbh baru sampai ke sekolah dengan tambag rm300 tuk 1 buah kereta, jd kami 5 org, hnya kn bayar rm60 je la sorang. Guna jalan balak la pulak ... jalan kat situ pn mencabar giler... terpaksa mengharungi segala jenis lumpur yang ada kat situ... sebelum sampai ke sekolah kena naik sampan lg tuk ke rumah y terletak di dlm kwasan sekolah.. barulah sampai kt rumah.huhuhuh
penat betul... seharian dlm perjalanan....

Di sane aku mengajar anak2 penam iaitu mcm org asli la lau kt semenanjung..... pemikran diaorng mmg primitif ketinggalan lbh kurang 10 tahun dr kaum lain.... di sekolah y pakai uniform seklah hnya beberpa org shj, ada y pakai baju sama sampai 2,3,4 hr dan tidak di cuci....
begitulah perangainya tp xsmua mcm 2.huhuuh

Friday, November 21, 2008

WARKAH SAYU " AYAH TUA ''

Surat Ini ditulis oleh seorang bapa yang menamakan dirinya sebagai " Ayah Tua" saja bagi menyatakan perasaannya yang selama ini terpendam jauh di sudut hatinya.Menurut beliau,bukanlah tujuannya untuk memohon simpati dari sesiapa atau merayu kepada anak-anaknya yang pada masa ini sudah hidup aman bahagia di samping keluarga masing-masing….. Beliau merasa sangat bersyukur keran telah memberikannya kesempatan untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa bagi membesarkan anak-anaknya dengan cukup sempurna sehingga masing-masing boleh berdikari dan dapat hidup sebagai manusia sejati.Tujuan beliau menulis surat ini menurutnya hanya sekadar memenuhi masa terluang yang banyak terdapat di tempat beliau berada sekarang.Mari kita ikuti luahan rasa beliau sepenuhnya…..

Anak-anakku,

Ayah sudah tua sekarang.Kesihatan ayah tidak lagi menentu.Adakalanya ayah merasa tidak berselera hendak makan,pening kepala atau seram sejuk seluruh tubuh..Tenaga yang ada pada ayah sudah terlalu merosot sehingga kadang-kadang ayah hanya mampu menarik kain selimut saja untuk menutup tubuh ayah yang kering ini dengan tulang serangka yang kelihatan.Ayah bersyukur berada disini kerana beberapa sebab.Pertama ayah merasa amat di hargai kerana ayah dilayan sebagai manusia yang mempunyai perasaan seperti orang lain.Bukan saja makanan dan pakaian ayah diambil tahu dengan cukup sempurna,malah mereka juga selalu bertanya sama ada ayah sudah mandi atau pun belum.Mereka cukup mengambil berat jika ayah mendapat sakit walaupun sedikit.Kedua,di tempat ini ayah tidak pernah merasa kesunyian lagi.Ramai orang yang siap sedia berkongsi pengalaman dan mengenang kembali nostalgia yang pernah kami masing-masing lalui ketika muda-muda dulu.Sambil menonton TV,kami sering berbual mesra dengan hilai ketawa yang berpanjangan.Ayah bersyukur kepada Allah kerana menggerakkan hati kamu berdua menghantarkan ayah ke sini.Tindakan kamu membuat keputusan begini sungguh ayah kagumi dan tidak pernah terlintas langsung dalam pemikiran ayah sebelum ini.Ayah harap dengan tindakan kamu ini memudah dan menyenangkan kehidupan kamu berdua untuk mendapatkan kebahagiaan rumah tangga dengan cucu-cucu ayah yang disayangi.Kamu berdua tidak perlu lagi mengambil tahu hal ayah disini kerana apa yang ayah kehendaki semuanya sudah disediakan dengan lengkap.Gunakanlah wang yang kamu dapati hasil titik peluh kamu sendiri itu untuk membiayai isteri dan anak-anak kamu supaya mereka dapat hidup sempurna sebagaimana yang pernah ayah lakukan terhadap kamu berdua.Ayah merasa cukup senang bila mengetahui kamu berdua sudah mempunyai rumah sendiri,berpendapatan tetap dan sudah pun mempunyai isteri setia disamping kamu berserta anak-anak ( Yakni cucu ayah ) yang sedang membesar setiap hari.

Anak-anakku,

Ayah menulis surat ini bukan tujuan untuk mengungkitkan kembali apa yang telah ayah lakukan terhadap kamu berdua semasa kecil dulu.Ayah anggap itu semua adalah tanggungjawab ayah sebagi seorang bapa terhadap anak-anaknya.Biarlah ayah mengenangkan kembali detik-detik susah payah ayah menyara hidup kamu berdua bekerja sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada lautan.Pada masa itu kebanyakkan masa ayah habiskan di tengah-tengah lautan luas dengan panas terik di waktu siang dan sejuk menggigil di waktu malam.Ayah tidak hiraukan itu semua kerana ayah sentiasa memikirkan kamu berdua dan ibumu yang sentiasa menunggu kepulangan ayah membawa hasil tangkapan.Adakalanya ayah pulang dengan riang gembira kerana memperolehi hasil yang agak lumayan,tetapi biasanya ayah hanya pulang dengan hampa sehingga kadang-kadang tangan kosong saja.Ayah merasa sungguh gembira bila Berjaya menghantar kamu berdua ke sekolah.Ayah berazam di dalam hati akan terus berusaha membiayai persekolahan kamu sehingga kamu berdua mendapat kejayaan cermerlang.Alhamdulillah nampaknya usaha jerih payah ayah itu tidak sia-sia kerana walaupun ada kalanya ayah terpaksa berhutang,namun kamu berdua akhirnya Berjaya juga menghabiskan persekolahan walaupun tidak setinggi mana.Ayah dan ibumu kadang-kadang terpaksa memerah otak untuk mendapatkan wang apabila kamu berdua memerlukannya untuk membeli buku-buku atau pun membayar yuran sekolah.Ada kalanya kami terpaksa berhutang dengan jiran-jiran atau mengambil wang pendahuluan dari peraih dengan janji-janji bahawa hutang itu akan dipotong apabila ayah Berjaya membawa pulang ikan dari laut nanti.Walaupun sering kali hasil tangkapan ayah tidak berjaya melunaskan hutang tersebut,namun ayah tidak pernah gelabah atau merasa kesal.Sebaliknya ayah merasa cukup terhibur apabila melihat kamu berdua pulang dari sekolah.Ibumu siap sedia dengan hidangan yang termampu dan kita berempat sentiasa menghadapi makanan penuh rasa gembira dengan hilai ketawa yang tidak berhenti.Itulah kebahagiaan ayah.Itulah kesenangan ayah dan itulah juga harapan ayah.Ayah merasa kebahagiaan sudah dapat dicapai apabila anak-anak ayah dapat menikmati hidup dengan sempurna dan dapat pula merasa sebagaimana yang dinikmati oleh orang lain walaupun tidak cukup sempurna.Kamu berdua tentu tidak pernah tahu bahawa setiap malam apabila masuk tidur,kami selalu menghabiskan sebahagian malam dengan berbincang dari mana kami hendak mendapatkan wang bukan saja untuk keperluan makanan,pakaian,atau lain-lain perbelanjaan rumah,malah kami juga tidak pernah lupa membincangkan keperluan persekolahan kamu.Pernah bebrapa malam kami tidak tidur walaupun sedetik kerana mengalami jalan buntu dari mana hendak mendapatkan wang.Ibumu tidak ada walau Seurat '' janggut udang'' sekali pun barang kemas untuk digadai dan ayah pula tidak berani lagi hendak mengorek lubang baru berhutang kerana banyak lubang lama masih belum ditimbus lagi !

Esoknya ayah turun ke laut dengan harapan tinggi menggunung semoga Allah memberikan rezeki yang mencukupi bagi menghadapi kebuntuan yang sering kali melanda kehidupan kita.Ada kalanya ayah berjaya , tetapi seringkali pula ayah pulang dengan hampa.Sejak kamu berdua bekerja dan mempunyai pendapatan tetap,ayah dan ibumu merasa sungguh bersyukur kepada Allah.Walaupun kamu tidak pernah menghulurkan wang walau sedikit pun kepada kami,tetapi ayah tidak pernah merasa kesal dan meminta.Ayah tidak mengharapkan itu semua kerana ayah percaya tugas ayah sebagai bapa telah dapat disempurnakan dengan jayanya.Apa lagi kebahagiaan seorang ayah dan ibu selain daripada melihat anak-anak mereka Berjaya ? Kamu berdua kemudiannya Selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan masing-masing dan sejak itu ayah dan ibumu sentiasa berdoa kepada Allah agar rumahtangga kamu berdua akan mendapat kebahagiaan sejati.Apabila ibumu meninggal dunia tidak lama selepas itu ayah merasa dunia ini gelap gelita kerana orang yang selama ini menjadi teman setia ayah yang sedia bersusah payah bersama ayah telah pergi dulu meninggalkan ayah terkapai-kapai seorang diri. Ayah merasa orang yang menjadi " Belahan Hati" ayah telah hilang lenyap secara tiba-tiba.Ayah merasa terlalu kesunyian dan menganggap tidak guna lagi ayah hidup dalam keadaan begini.Walaubagaimana pun hati ayah terhibur juga apabila mengenangkan bahawa ayah masih lagi mempunyai dua orang anak lelaki yang kini sudah pun mempunyai keluarga sendiri.Ayah tidak pernah mengharapkan budi ayah itu dibalas dan ayah tidak bergantung harap kepada kamu berdua untuk menanggung ayah pula kerana itu semua bukan tujuan setiap ibubapa yang membesarkan anak-anak mereka.Sungguhpun ayah tinggal seorang diri saja tanpa ibumu di rumah kita yang nampaknya semakin usang,namun ayah tidak pernah merasa bimbang.Apabila kamu berdua jarang-jarang sekali pualng kerumah melihat ayah yang keseorangan ini,ayah tetap berpendapat bahawa kamu berduamungkin terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tidak ada masa terluang untuk mengunjungi ayah.Oleh itu apabila ayah mendapat sakit,sekali sekala ayah hanya menanggungnya sendiri secara susah payah.Ternyata sejak ibumu sudah tiada,kesihatan ayah semakin merosot sekali dan tidak berdaya lagi untuk ayah turun ke laut seperti biasa.Oleh itu,ada kalanya ayah mengambil keputusan berpuasa saja apabila mendapati tidak ada lagi barang-barang yang boleh dimasak untuk dijadikan makanan.Ayah tidak pernah menceritakan ini semua kepada kamu kerana ayah tidak mahu kamu berdua bersusah hati dan menjadi satu bebanan pula.Apabila pada suatu hari kira-kira 3 bulan yang lalu tiba-tiba Lan ( anak sulung ) pulang ke rumah ayah dengan sebuah kereta,ayah merasa cukup gembira kerana sudah hampir satu tahun kamu berdua tidak pulang melihat ayah.Lan dengan ringkas menyuruh ayah siap berkemas dengan apa-apa yang perlu kerana katanya ayah akan dibawa berpindah ke tempat lain.Hati ayah melonjak kegembiraan kerana percaya ayah akan dibawa tinggal bersama dengan cucu-cucu ayah yang disayangi.Tapi apakah yang sebenarnya berlaku ? Ayah dibawa ke suatu tempat yang pada pintu gerbangnya bertulis " RUMAH KENANGAN WARGA EMAS" .Walaupun ayah tidak pernah menduga perkara begini akan berlaku pada diri ayah,namun akhirnya ayah percaya sepenuhnya pada takdir Allah.Mungkin nasib ayah sudah tersurat bahawa ayah akan menghabiskan penghujung hayat ayah di rumah ini jauh dari anak cucu yang dikasihi.

Anak-anakku Lan dan Li ,

Ayah berterima kasih banyak-banyak kerana kamu berdua telah mengambil keputusan menghantar ayah ke rumah ini.Dengan tindakan begini ayah percaya tentu masaalah kamu berdua akan dapat diselesaikan dengan baik.Kamu tidak perlu lagi mengambil tahu urusan ayah dan ianya tidak lagi menjadi beban yang kamu tanggung.Ayah doakan supaya kamu dapat memelihara anak-anak kamu dengan baik dan berharap mereka pula nanti tidak akan berbuat begini kepada kamu.Ayah akhiri surat ini dengan kata-kata yang pernah ayah dengar dari seorang kawan :-

" SEORANG IBU ATAU AYAH AKAN MENJAGA 10 ORANG ANAKNYA DENGAN SEMPURNA : TETAPI 10 ORANG ANAK BELUM TENTU AKAN DAPAT BERBUAT DEMIKIAN KEPADA SEORANG AYAH ATAU IBUNYA ………….." .

Tuesday, October 7, 2008

Lelaki vs Wanita

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan
yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya
dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki
yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu
isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih
lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau
nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa.)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah
bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat
dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala
seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,
tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka
dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan
itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan
wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Friday, September 19, 2008

adakah cinta memerlukan sebab??


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyum! an aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati."

Thursday, August 14, 2008

Petua tahan lama.....

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.


KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 200
8. Dan sebelah lagi
pada 1 January 200
9. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.


BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.

Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA

Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG

Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR

Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
............ ...sentiasa terbuka dan rasional.