Friday, November 21, 2008

WARKAH SAYU " AYAH TUA ''

Surat Ini ditulis oleh seorang bapa yang menamakan dirinya sebagai " Ayah Tua" saja bagi menyatakan perasaannya yang selama ini terpendam jauh di sudut hatinya.Menurut beliau,bukanlah tujuannya untuk memohon simpati dari sesiapa atau merayu kepada anak-anaknya yang pada masa ini sudah hidup aman bahagia di samping keluarga masing-masing….. Beliau merasa sangat bersyukur keran telah memberikannya kesempatan untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa bagi membesarkan anak-anaknya dengan cukup sempurna sehingga masing-masing boleh berdikari dan dapat hidup sebagai manusia sejati.Tujuan beliau menulis surat ini menurutnya hanya sekadar memenuhi masa terluang yang banyak terdapat di tempat beliau berada sekarang.Mari kita ikuti luahan rasa beliau sepenuhnya…..

Anak-anakku,

Ayah sudah tua sekarang.Kesihatan ayah tidak lagi menentu.Adakalanya ayah merasa tidak berselera hendak makan,pening kepala atau seram sejuk seluruh tubuh..Tenaga yang ada pada ayah sudah terlalu merosot sehingga kadang-kadang ayah hanya mampu menarik kain selimut saja untuk menutup tubuh ayah yang kering ini dengan tulang serangka yang kelihatan.Ayah bersyukur berada disini kerana beberapa sebab.Pertama ayah merasa amat di hargai kerana ayah dilayan sebagai manusia yang mempunyai perasaan seperti orang lain.Bukan saja makanan dan pakaian ayah diambil tahu dengan cukup sempurna,malah mereka juga selalu bertanya sama ada ayah sudah mandi atau pun belum.Mereka cukup mengambil berat jika ayah mendapat sakit walaupun sedikit.Kedua,di tempat ini ayah tidak pernah merasa kesunyian lagi.Ramai orang yang siap sedia berkongsi pengalaman dan mengenang kembali nostalgia yang pernah kami masing-masing lalui ketika muda-muda dulu.Sambil menonton TV,kami sering berbual mesra dengan hilai ketawa yang berpanjangan.Ayah bersyukur kepada Allah kerana menggerakkan hati kamu berdua menghantarkan ayah ke sini.Tindakan kamu membuat keputusan begini sungguh ayah kagumi dan tidak pernah terlintas langsung dalam pemikiran ayah sebelum ini.Ayah harap dengan tindakan kamu ini memudah dan menyenangkan kehidupan kamu berdua untuk mendapatkan kebahagiaan rumah tangga dengan cucu-cucu ayah yang disayangi.Kamu berdua tidak perlu lagi mengambil tahu hal ayah disini kerana apa yang ayah kehendaki semuanya sudah disediakan dengan lengkap.Gunakanlah wang yang kamu dapati hasil titik peluh kamu sendiri itu untuk membiayai isteri dan anak-anak kamu supaya mereka dapat hidup sempurna sebagaimana yang pernah ayah lakukan terhadap kamu berdua.Ayah merasa cukup senang bila mengetahui kamu berdua sudah mempunyai rumah sendiri,berpendapatan tetap dan sudah pun mempunyai isteri setia disamping kamu berserta anak-anak ( Yakni cucu ayah ) yang sedang membesar setiap hari.

Anak-anakku,

Ayah menulis surat ini bukan tujuan untuk mengungkitkan kembali apa yang telah ayah lakukan terhadap kamu berdua semasa kecil dulu.Ayah anggap itu semua adalah tanggungjawab ayah sebagi seorang bapa terhadap anak-anaknya.Biarlah ayah mengenangkan kembali detik-detik susah payah ayah menyara hidup kamu berdua bekerja sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada lautan.Pada masa itu kebanyakkan masa ayah habiskan di tengah-tengah lautan luas dengan panas terik di waktu siang dan sejuk menggigil di waktu malam.Ayah tidak hiraukan itu semua kerana ayah sentiasa memikirkan kamu berdua dan ibumu yang sentiasa menunggu kepulangan ayah membawa hasil tangkapan.Adakalanya ayah pulang dengan riang gembira kerana memperolehi hasil yang agak lumayan,tetapi biasanya ayah hanya pulang dengan hampa sehingga kadang-kadang tangan kosong saja.Ayah merasa sungguh gembira bila Berjaya menghantar kamu berdua ke sekolah.Ayah berazam di dalam hati akan terus berusaha membiayai persekolahan kamu sehingga kamu berdua mendapat kejayaan cermerlang.Alhamdulillah nampaknya usaha jerih payah ayah itu tidak sia-sia kerana walaupun ada kalanya ayah terpaksa berhutang,namun kamu berdua akhirnya Berjaya juga menghabiskan persekolahan walaupun tidak setinggi mana.Ayah dan ibumu kadang-kadang terpaksa memerah otak untuk mendapatkan wang apabila kamu berdua memerlukannya untuk membeli buku-buku atau pun membayar yuran sekolah.Ada kalanya kami terpaksa berhutang dengan jiran-jiran atau mengambil wang pendahuluan dari peraih dengan janji-janji bahawa hutang itu akan dipotong apabila ayah Berjaya membawa pulang ikan dari laut nanti.Walaupun sering kali hasil tangkapan ayah tidak berjaya melunaskan hutang tersebut,namun ayah tidak pernah gelabah atau merasa kesal.Sebaliknya ayah merasa cukup terhibur apabila melihat kamu berdua pulang dari sekolah.Ibumu siap sedia dengan hidangan yang termampu dan kita berempat sentiasa menghadapi makanan penuh rasa gembira dengan hilai ketawa yang tidak berhenti.Itulah kebahagiaan ayah.Itulah kesenangan ayah dan itulah juga harapan ayah.Ayah merasa kebahagiaan sudah dapat dicapai apabila anak-anak ayah dapat menikmati hidup dengan sempurna dan dapat pula merasa sebagaimana yang dinikmati oleh orang lain walaupun tidak cukup sempurna.Kamu berdua tentu tidak pernah tahu bahawa setiap malam apabila masuk tidur,kami selalu menghabiskan sebahagian malam dengan berbincang dari mana kami hendak mendapatkan wang bukan saja untuk keperluan makanan,pakaian,atau lain-lain perbelanjaan rumah,malah kami juga tidak pernah lupa membincangkan keperluan persekolahan kamu.Pernah bebrapa malam kami tidak tidur walaupun sedetik kerana mengalami jalan buntu dari mana hendak mendapatkan wang.Ibumu tidak ada walau Seurat '' janggut udang'' sekali pun barang kemas untuk digadai dan ayah pula tidak berani lagi hendak mengorek lubang baru berhutang kerana banyak lubang lama masih belum ditimbus lagi !

Esoknya ayah turun ke laut dengan harapan tinggi menggunung semoga Allah memberikan rezeki yang mencukupi bagi menghadapi kebuntuan yang sering kali melanda kehidupan kita.Ada kalanya ayah berjaya , tetapi seringkali pula ayah pulang dengan hampa.Sejak kamu berdua bekerja dan mempunyai pendapatan tetap,ayah dan ibumu merasa sungguh bersyukur kepada Allah.Walaupun kamu tidak pernah menghulurkan wang walau sedikit pun kepada kami,tetapi ayah tidak pernah merasa kesal dan meminta.Ayah tidak mengharapkan itu semua kerana ayah percaya tugas ayah sebagai bapa telah dapat disempurnakan dengan jayanya.Apa lagi kebahagiaan seorang ayah dan ibu selain daripada melihat anak-anak mereka Berjaya ? Kamu berdua kemudiannya Selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan masing-masing dan sejak itu ayah dan ibumu sentiasa berdoa kepada Allah agar rumahtangga kamu berdua akan mendapat kebahagiaan sejati.Apabila ibumu meninggal dunia tidak lama selepas itu ayah merasa dunia ini gelap gelita kerana orang yang selama ini menjadi teman setia ayah yang sedia bersusah payah bersama ayah telah pergi dulu meninggalkan ayah terkapai-kapai seorang diri. Ayah merasa orang yang menjadi " Belahan Hati" ayah telah hilang lenyap secara tiba-tiba.Ayah merasa terlalu kesunyian dan menganggap tidak guna lagi ayah hidup dalam keadaan begini.Walaubagaimana pun hati ayah terhibur juga apabila mengenangkan bahawa ayah masih lagi mempunyai dua orang anak lelaki yang kini sudah pun mempunyai keluarga sendiri.Ayah tidak pernah mengharapkan budi ayah itu dibalas dan ayah tidak bergantung harap kepada kamu berdua untuk menanggung ayah pula kerana itu semua bukan tujuan setiap ibubapa yang membesarkan anak-anak mereka.Sungguhpun ayah tinggal seorang diri saja tanpa ibumu di rumah kita yang nampaknya semakin usang,namun ayah tidak pernah merasa bimbang.Apabila kamu berdua jarang-jarang sekali pualng kerumah melihat ayah yang keseorangan ini,ayah tetap berpendapat bahawa kamu berduamungkin terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tidak ada masa terluang untuk mengunjungi ayah.Oleh itu apabila ayah mendapat sakit,sekali sekala ayah hanya menanggungnya sendiri secara susah payah.Ternyata sejak ibumu sudah tiada,kesihatan ayah semakin merosot sekali dan tidak berdaya lagi untuk ayah turun ke laut seperti biasa.Oleh itu,ada kalanya ayah mengambil keputusan berpuasa saja apabila mendapati tidak ada lagi barang-barang yang boleh dimasak untuk dijadikan makanan.Ayah tidak pernah menceritakan ini semua kepada kamu kerana ayah tidak mahu kamu berdua bersusah hati dan menjadi satu bebanan pula.Apabila pada suatu hari kira-kira 3 bulan yang lalu tiba-tiba Lan ( anak sulung ) pulang ke rumah ayah dengan sebuah kereta,ayah merasa cukup gembira kerana sudah hampir satu tahun kamu berdua tidak pulang melihat ayah.Lan dengan ringkas menyuruh ayah siap berkemas dengan apa-apa yang perlu kerana katanya ayah akan dibawa berpindah ke tempat lain.Hati ayah melonjak kegembiraan kerana percaya ayah akan dibawa tinggal bersama dengan cucu-cucu ayah yang disayangi.Tapi apakah yang sebenarnya berlaku ? Ayah dibawa ke suatu tempat yang pada pintu gerbangnya bertulis " RUMAH KENANGAN WARGA EMAS" .Walaupun ayah tidak pernah menduga perkara begini akan berlaku pada diri ayah,namun akhirnya ayah percaya sepenuhnya pada takdir Allah.Mungkin nasib ayah sudah tersurat bahawa ayah akan menghabiskan penghujung hayat ayah di rumah ini jauh dari anak cucu yang dikasihi.

Anak-anakku Lan dan Li ,

Ayah berterima kasih banyak-banyak kerana kamu berdua telah mengambil keputusan menghantar ayah ke rumah ini.Dengan tindakan begini ayah percaya tentu masaalah kamu berdua akan dapat diselesaikan dengan baik.Kamu tidak perlu lagi mengambil tahu urusan ayah dan ianya tidak lagi menjadi beban yang kamu tanggung.Ayah doakan supaya kamu dapat memelihara anak-anak kamu dengan baik dan berharap mereka pula nanti tidak akan berbuat begini kepada kamu.Ayah akhiri surat ini dengan kata-kata yang pernah ayah dengar dari seorang kawan :-

" SEORANG IBU ATAU AYAH AKAN MENJAGA 10 ORANG ANAKNYA DENGAN SEMPURNA : TETAPI 10 ORANG ANAK BELUM TENTU AKAN DAPAT BERBUAT DEMIKIAN KEPADA SEORANG AYAH ATAU IBUNYA ………….." .

Tuesday, October 7, 2008

Lelaki vs Wanita

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan
yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya
dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki
yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu
isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih
lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau
nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa.)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah
bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat
dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala
seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,
tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka
dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan
itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan
wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Friday, September 19, 2008

adakah cinta memerlukan sebab??


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyum! an aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati."

Thursday, August 14, 2008

Petua tahan lama.....

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.


KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 200
8. Dan sebelah lagi
pada 1 January 200
9. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.


BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.

Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA

Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG

Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR

Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
............ ...sentiasa terbuka dan rasional.

Sunday, August 10, 2008

KERACUNAN MAKANAN DI SEKOLAH SK TAMAN DAYA 2, JB.

Kes keracunan makanan ini berlaku pada hari sabtu 09/08/08 iaitu pada hari sekolah ganti, sekolah ini merupakan tempat aku menjalani praktikum selama 3 bulan... tetapi semasa kejadian aku tidak ada di sekolah kerana, aku perlu datang ke maktab...



43 murid keracunan

Oleh IBRAHIM ISA dan RUDY FAZRUNISYAM SAMARUDIN
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Ayam goreng basi yang dijual di kantin dipercayai punca 43 pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Daya Dua, di sini keracunan makanan selepas mengadu sakit perut dan muntah, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari pihak pengurusan sekolah terbabit apabila ramai murid mengadu sakit perut dan muntah selepas makan di kantin sekolah itu ketika waktu rehat, kira-kira jam 9.45 pagi.

Bimbang keadaan pelajar terbabit bertukar bertambah teruk, beberapa guru membawa mereka ke Hospital Sultan Ismail (HSI), kira-kira jam 11.45 pagi, untuk mendapatkan rawatan.

Beberapa mangsa yang ditemui berkata, mereka mula sakit perut dan muntah selepas makan ayam goreng yang dijual di kantin sekolah.


Shahrul Fahmi Kamarulzaman, 11, berkata sebaik waktu rehat tamat, perutnya mula memulas ketika di dalam kelas.

“Selepas itu saya muntah enam kali. Saya mengadu kepada guru dan dia membawa saya ke hospital,” katanya.

Rakannya, Ahmad Norazim Mohd Nasir, 11, mendakwa muntah tiga kali selepas makan ayam goreng yang rasanya masam itu.

“Saya ingatkan saya seorang saja yang sakit perut, tetapi ketika mengadu di bilik guru saya dapati ramai mengalami nasib sama. Kami dihantar oleh guru ke hospital tidak lama kemudian,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robia Kosai yang meninjau sekolah itu berkata, Jabatan Kesihatan negeri mengambil sampel makanan yang didakwa menjadi penyebab keracunan makanan itu.

Katanya, tiada pelajar yang terbabit dalam kejadian itu mengalami keracunan makanan serius dan mereka dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di HSI.

“Jabatan Kesihatan mengambil sampel makanan dan akan melakukan ujian sebelum mengambil tindakan terhadap operator kantin sekolah,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor, Datuk Maulizan Bujang, ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Jabatan Pelajaran negeri diarah melakukan siasatan terperinci.

“Jabatan Pelajaran juga mengarahkan operasi kantin sekolah berkenaan ditutup sementara bagi menjalankan siasatan,” katanya.

Saturday, August 9, 2008

Haram meminta sedekah tanpa hajat darurat

Haram meminta sedekah tanpa hajat darurat

Oleh Mohd Shukri Hanapi

REZEKI adalah anugerah atau kurniaan Allah kepada setiap hamba-Nya. Oleh itu, kita tidak perlu berasa khuatir atau bimbang jika kekurangan atau ketiadaan rezeki kerana Allah sudah menentukan rezeki masing-masing.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud, ayat 6)

Sehubungan itu, walaupun Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing, janganlah pula kita menyalahertikan maksud ayat itu dengan hanya berdiam diri dan mengharapkan pertolongan orang lain tanpa berusaha atau bekerja mencari rezeki.

Allah berfirman yang bermaksud, “Kemudian selepas selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah al-Jumu’ah, ayat 10)

Perlu diingat bahawa dalam konteks mencari rezeki di muka bumi ini, kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki. Akan tetapi, janganlah mudah mengeluh dan berputus asa jika selepas berusaha dan bertawakal kepada Allah, masih gagal dan tidak memperoleh hasil daripada usaha atau hasilnya tidak seperti diharapkan.

Kita tidak perlu kecewa dan berputus asa kerana yang demikian itu sudah ditetapkan Allah, tetapi teruskanlah berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh kerana setiap ketentuan yang Allah itu ada hikmahnya.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana), akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya lagi melihat dengan nyata.” (Surah al-Syura, ayat 27)

Walaupun seseorang itu ditakdirkan Allah dalam keadaan miskin atau fakir, tetapi Islam melarang umatnya untuk berserah kepada takdir semata-mata, bahkan memerintahkan umatnya supaya berusaha mencari rezeki. Ia bererti Islam melarang umatnya meminta-minta.

Adapun perbuatan meminta-minta tanpa hajat darurat yang dibolehkan Islam hukumnya adalah haram. Walau bagaimanapun, hukumnya menjadi harus jika dalam keadaan terpaksa dan darurat seperti seseorang yang sangat lapar kerana bimbang jika tidak mendapat makanan dengan segera, mungkin dia akan jatuh sakit atau mati.

Begitu juga orang yang tidak mempunyai sebarang pakaian untuk menutup auratnya. Keadaan seumpama ini mengharuskan seseorang itu meminta daripada orang lain. Namun, keharusan itu hanya terbatas kepada si peminta yang tidak berkuasa membuat sesuatu pekerjaan menyara hidupnya. Dia berupaya untuk bekerja tetapi bersikap malas, maka, pada ketika itu tidaklah harus meminta daripada orang lain.

Agak mendukacitakan apabila akhir-akhir ini perbuatan meminta-minta semakin berleluasa di negara ini. Lebih menyedihkan lagi apabila kegiatan meminta-minta itu dilakukan kanak-kanak yang diperalatkan pihak tertentu.

Selain itu, ada juga segelintir kalangan ibu bapa yang memperalatkan anak untuk meraih simpati orang ramai kerana ada sebilangan orang mudah menghulurkan wang kepada kanak-kanak.

Oleh itu, besar kemungkinan peluang sebegini mendorong ibu bapa menggunakan kanak-kanak terutama masih kecil melakukan kegiatan berkenaan.

Oleh demikian, adalah diingatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terperangkap dengan taktik digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab di dalam memperalatkan kanak-kanak untuk meminta-minta.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya beriman miskin yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai.” (Riwayat Ibnu Majah)

Cuba perhatikan betapa orang yang nyata kemiskinannya dan kefakirannya pun dilarang meminta-minta, apatah lagi orang yang berkemampuan. Seorang Islam hendaklah sentiasa bersyukur dan reda di atas rezeki dikurniakan Allah kepadanya. Allah melarang hamba-Nya bersifat tamak apatah lagi terhadap harta benda orang lain.

Umat Islam bermaruah tinggi dan berakhlak mulia hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan meminta-minta. Sesungguhnya perbuatan meminta-minta tanpa sebab yang mengharuskannya itu mencerminkan seorang yang kurang memiliki akhlak mulia.

Hendaklah kita menjaga maruah diri dengan bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki Allah. Bersama berdoa mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kepada kita.

Friday, July 25, 2008

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya
| diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti
| sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
|
|
|
|
| Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca
| tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan
| terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan
| disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti
| berikut;
|
|
| Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah
| kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan
| itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
|
| 1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
| 2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
| 3. Selamat dari bahaya.
| 4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
|
| Keberuntungan beramal dengan doa ini
|
| Terhindar Daripada Bahaya
|
| Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat
| Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita
| untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja
| yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal
| dengan doa ini seperti berikut;
|
| • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat
| ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum|
| pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu
| pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk
| berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan,
| dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali.
| Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk

| kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
|
| • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca
| ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada
| anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya

| Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat
| beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika
| sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau
| pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan
| sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita
| boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
|
| Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas
| daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan
| Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa
| kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah
| yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita
| membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
|
| Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
|
| Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya
| mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi
| kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya
| memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang
| begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser,
| diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga
| minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat
| kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini
| sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan
| minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan
| dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan
| tubuh badan kita.
|
| Terhindar Daripada Sihir
|
| Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik
| dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan
| mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika
| sempat bertaubat sebelum mati.
|
| Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin
| Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk
| dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh
| memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada
| perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana
| dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak
| disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman
| yang mengandungi santau.
|
| Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah
| gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak
| menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah
| dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia
| pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum
| sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana
| makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia
| terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini
| setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
|
| Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan
| melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan|
| ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan
| tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan
| mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa
| dipengaruhi faktor lain.
|
| Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
|
| Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat
| tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek,
| di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan
| sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun
| begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak
| berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
|
| Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari
| tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori
| kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita
| mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini,
| akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk
| mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali
| kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
|
| Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan
| supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan
| jika kita membacanya kurang daripada tiga.
|
| Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan
| mengamalkannya, insya'Allah.

60 Petua mendapat pasangan

kalau ada masa baca la.... terutama kepada mereka yang sedang mencari pasangan.....
petua ini sangat berguna.... cuba la....

1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang menanti Dan biasanya IA berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib berusaha.. Doa, usaha yang betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah Dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, Kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan Mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang Dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13.. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra Dan bersemangat menggunakan lidah, Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada Kita.
19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai mendampingi orang lain Dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada Kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih Ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain..
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan Dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan Dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan Dan kesilapan kecil yang Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang Ada persamaan Dan Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang Ada sikap Dan sifat yang saling mengimbangi Dan melengkapkan sikap Dan sifatnya.
29.. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual Dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, Wang Dan hobi..
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya. 58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Friday, July 18, 2008

hadiah dan makna tersirat.....

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN
...... ...Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN
...... ......Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG
...... ......Tanda mesra
RANTAI LEHER
....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG
...... ......Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT
....... ......Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN
. .....Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG
...... ......Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI
....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR
.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU
........ ...... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA
....... .......Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT
........ semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN
..... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN..... ...tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.


PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum..

HANDPHONE... tandanya. ... kau jangan lari dari ku!!!!...... .aku Kan cari kamu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup.....


*HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

Wednesday, July 16, 2008

Jasa Bonda

Semasa kita berumur beberapa bulan, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tapi… kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam…
3 tahun.. ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun.. kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai…
10 tahun.. ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan. Namun.. kita tidak pernah toleh kebelakang dan mengucapkan terima kasih..
17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kita .. tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan.
19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk U. Namun kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm, malu nampak dek kawan.
21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita? Namun kita menjawabnya. . “BUKAN MACAM IBU!”
23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu belikan.
25 tahun.. Kita berumahtangga. Ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang kamu. Namun, kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300KM..
27 tahun.. ibu menelefon kita dan memberikan nasihat tentang penjagaan bayi, tapi kita membalasnya dengan mengatakan “ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU…”
40 tahun.. ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampong. Namun kita membalasnya dengan mengatakan ..”SAYA SIBUKLAH BU… SEKARANG NI..”
50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan epal dan merungut tentang kesibukannya di tempat kerja… dan segera balik ke kota..
Satu hari.. ibu meninggal dunia. Sempatkah kita membalas jasa ibu? Berbaloikah jasa ibu ke atas kita? Sedangkang kita langsung tidak membalas budinya. Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita. Meninggalkan kenanngannya bersama kita. Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci… cinta Hakiki… CINTA TERAGUNG…
*** Selagi waktu masih ada... Selagi kasih masih terasa... Jangan guriskan hati ibu.ingat la syurga terletak di bwh telapak kaki ibu..kenangan la ketika msh ade..jgn bila tiada baru kita mencari..dan ingatla keredaan allah terletak pd keredaan ibu bapa Sama-sama kita berpesan dan mengingati antara satu sama laen.****

Saturday, July 12, 2008

try test blog...

aku xtahu la nak tulis ape sebenarnyer.heheheh