Tuesday, October 7, 2008

Lelaki vs Wanita

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan
yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya
dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki
yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu
isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih
lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau
nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa.)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya
apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah
bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat
dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala
seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki,
tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka
dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan
itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan
wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

No comments: